Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) ialah himpunan 17 matlamat global yang ditetapkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Matlamat yang luas saling berkaitan walaupun masing-masing mempunyai sasaran tersendiri untuk dicapai. Jumlah sasaran ialah 169. SDG merangkumi pelbagai isu pembangunan sosial dan ekonomi.